Pages

Sunday 1 September 2013

KOLESTEROL

KOLESTEROL

SUPPLEMEN YANG DISARANKAN
OMEGA GUARD
GARLIC
ALFAFA

antara penyakit yang bahaya akibat kolesterol tinggi

serangan sakit jantung
strok
tekanan darah tinggi

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus.  Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melaui plasma darah.  Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukkan asid hempedu dan vitamin D di dalam badan.

Punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telor, daging, ayam dan udang.  Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan.  Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumpah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.


Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan.  Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjer yang memerlukannya.  Ia di bawa oleh sejenis pembawa yang di kenali sebagai lipoprotein.  Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah.  Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberu kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak ini menyebabkan Bahaya?

Apabila plak terbentuk pada arteri,  ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit.. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian.  Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.


Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok.  Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa.  Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.


Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras.  Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh.  Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

salam sayang,

saranghae beauty77
ID :917463

hubungi saya FOR BEST PRICE & FREE CONSULTATION
aidajr77@gmail.com
pages : saranghae beauty77>>>> http://www.facebook.com/saranghaebeauty77
SMS/Whatsapp : 012-3200676 @aida

sumber :kevinzahri.com

No comments: