Pages

Friday 6 September 2013

GASTRIC

gastrik set
GASTRIK

SUPPLEMEN YANG DISARANKAN

ESP 
OSTEMATRIK
GARLIC COMPLEX
********************************

KESAN GASTRIC JIKA TIDAK DIRAWAT

KANSER PERUT

********************************
Jenis gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil akut. Manakala gastric berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.

Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit.


Pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat majoritinya disebabkan oleh amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan tang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok.  Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik.  Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.  Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut  tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilan makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.  Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan esofagus sebelum sampai ke perut.  Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kalenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut dan boleh membantu mencernakan makanan.  Salah satu asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh menlarutkan besi.  Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain gastrik.

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, Penyakit buah pinggang.

salam sayang,


saranghae beauty77
ID :917463

hubungi saya FOR BEST PRICE & FREE CONSULTATION
aidajr77@gmail.com
pages : saranghae beauty77>>>> http://www.facebook.com/saranghaebeauty77
SMS/Whatsapp : 012-3200676 @aida

No comments: