Pages

Wednesday 11 September 2013

OPEN DROPSHIP

Assalamualaikum,

hari ni saya nak war warkan sesiapa yang tak ada ada modal untuk buat bisnes jom jadi agen dropship. tak perlu modal hanya promote dan semua proses saya akan uruskan. anda dapat komisyen untuk setiap barang yang terjual. mudah kan???

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 011 2114 0070.

atau PM kat facebook saya di link ini http://www.facebook.com/messages/saranghaebeauty77.


Friday 6 September 2013

GASTRIC

gastrik set
GASTRIK

SUPPLEMEN YANG DISARANKAN

ESP 
OSTEMATRIK
GARLIC COMPLEX
********************************

KESAN GASTRIC JIKA TIDAK DIRAWAT

KANSER PERUT

********************************
Jenis gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil akut. Manakala gastric berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.

Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit.


Pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat majoritinya disebabkan oleh amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan tang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok.  Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik.  Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.  Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut  tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilan makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.  Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan esofagus sebelum sampai ke perut.  Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kalenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut dan boleh membantu mencernakan makanan.  Salah satu asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh menlarutkan besi.  Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain gastrik.

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, Penyakit buah pinggang.

salam sayang,


saranghae beauty77
ID :917463

hubungi saya FOR BEST PRICE & FREE CONSULTATION
aidajr77@gmail.com
pages : saranghae beauty77>>>> http://www.facebook.com/saranghaebeauty77
SMS/Whatsapp : 012-3200676 @aida

Monday 2 September 2013

TEKANAN DARAH TINGGI


TEKANAN DARAH TINGGI

SUPPLEMENT YANG DISARANKAN

OMEGA (melancarkan darah & menghalang pembekuan)
GARLIC (menurunkan tekanan darah)

RISIKO

serangan jantung
strok
penyakit buah pinggang
demensia (otak)

tekanan darah tinggi dikenali sebagai "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala.  Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang kala boleh mengancam nyawa seseorang  itu jika tidak dirawat. bagaimanapun is sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

Setiap orang mempunyai tekanan darah.  Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah.  Jumlah darah yang di pam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.

Tekanan darah di catatkan dalam 2 angka.  Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar.  Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Tekanan darah berbeza- beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan.  Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.

Apakah itu tekanan darah tinggi

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi. ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu.  Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluanya ke tisu badan.  Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras.  Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.  Jantung sekarang terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini.

Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar)

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.


CARA KAWAL TEKANAN DARAH RENDAH

kurangkan berat badan
bersenanlah dengan kerap
kurangkan pengambilan garam
jangan merokok
kurangkan stress
amalkan diet yang lebih baik
kawal kolesterol
kurangkan pengambilan alkohol dan kafein

salam sayang,

saranghae beauty77
ID :917463

hubungi saya FOR BEST PRICE & FREE CONSULTATION
aidajr77@gmail.com
pages : saranghae beauty77>>>> http://www.facebook.com/saranghaebeauty77
SMS/Whatsapp : 012-3200676 @aida

Sunday 1 September 2013

KOLESTEROL

KOLESTEROL

SUPPLEMEN YANG DISARANKAN
OMEGA GUARD
GARLIC
ALFAFA

antara penyakit yang bahaya akibat kolesterol tinggi

serangan sakit jantung
strok
tekanan darah tinggi

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus.  Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melaui plasma darah.  Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukkan asid hempedu dan vitamin D di dalam badan.

Punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telor, daging, ayam dan udang.  Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan.  Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumpah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.


Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan.  Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjer yang memerlukannya.  Ia di bawa oleh sejenis pembawa yang di kenali sebagai lipoprotein.  Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah.  Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberu kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak ini menyebabkan Bahaya?

Apabila plak terbentuk pada arteri,  ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit.. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian.  Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.


Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok.  Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa.  Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.


Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras.  Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh.  Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

salam sayang,

saranghae beauty77
ID :917463

hubungi saya FOR BEST PRICE & FREE CONSULTATION
aidajr77@gmail.com
pages : saranghae beauty77>>>> http://www.facebook.com/saranghaebeauty77
SMS/Whatsapp : 012-3200676 @aida

sumber :kevinzahri.com